Sokongan Emosi

Sokongan Emosi – “Sebagai seorang kaunselor berdaftar, saya menawarkan khidmat kaunseling kepada individu, pasangan (berkahwin) dan klien berkumpulan, secara bersemuka dan on line. Isu-isu psikologi dan emosi yang ditangani seperti stres, trauma, kemurungan, masalah pemakanan, kematian, kehilangan dan ditinggalkan, perasaan malu, buli, penderaan fizikal dan seksual. Saya menggunakan pendekatan integratif humanistik bagi membantu pertumbuhan keyakinan diri klien dalam menjalani cabaran kehidupan seharian.”

Monday, 13 October 2014

Penderaan Emosi (Emotional abuse) - Apakah yang anda perlu tahu?


Penderaan emosi memberi kuasa dan kawalan kepada seseorang terhadap orang lain, melalui kata-kata dan gerak badan (gestures) yang secara perlahan-lahan menidakkan perasaan hormat diri (self- respect). Sebenarnya penderaan emosi sangatlah sukar dikenali, kerana tiada parut atau tanda, dan deraan boleh berlaku secara berterusan tanpa ada kesudahannya. Konflik, pertengkaran dan kritikan adalah cara yang sihat untuk berinteraksi dengan orang lain.
Jadi apa yang menyebabkan komunikasi itu menjadi PENDERAAN?

Corak-corak penderaan emosi
Ada 3 corak penderaan emosi itu
  • Agresif: termasuk memanggil nama gelaran, merendahkan, menyalahkan, menuduh, mengherdik, membuat ancaman, menghina atau kritikan tujuan menjatuhkan;
  • Menidakkan: termasuk merajuk, manipulasi mengabaikan, tidak mendengar, menahan kasih-sayang dan merosakkan pengalaman indah orang lain;
  • Mengecilkan: termasuk mengecilkan sesuatu perkara, memulaukan, tuduhan yang berlebih-lebihan atau mencipta dan memberi solusi atau ‘nasihat/melatih/mengajar’;
Secara amnya, penderaan lisan termasuk:
  • Merendahkan dan menghina secara berterusan;
  • Terus ingin mencari kesalahan pasangan;
  • Mengancam (mengugut mangsa atau mengugut akan mengambil sesuatu yang penting dari mangsa seperti anak-anak dan rumah);
  • Memulaukan mangsa (tidak melibatkan dalam aktiviti-aktiviti keluarga); dan
  • Tidak melibatkan mangsa di dalam peristiwa, majlis, atau aktiviti yang penting, seperti majlis makan malam rasmi dan hari keluarga.

 Simptom-simptom penderaan emosi:
  • Kemurungan atau kebimbangan;
  •  Peningkatan pemulauan oleh rakan-rakan dan keluarga;
  • Ketakutan atau menggelabah atau gemuruh;
  •  Rendah harga diri dan keyakinan diri;
  • Ketagih alkohol atau dadah;
  • Sikap suka ‘menghilang’ diri;
 Penderaan emosi boleh memusnahkan keyakinan diri seseorang sehingga merasa diri tidak bernilai dan kesukaran membina dan mengekalkan hubungan dengan orang lain. Berahsia dan perasaan malu mangsa - selalunya mengekalkan penderaan.

Apa yang menyebabkan penderaan emosi?

Tidak berdaya atau berkuasa, terluka, takut dan kemarahan adalah isu-isu yang tidak selesai bagi kedua-dua pendera dan mangsa. Kehidupan zaman kanak-kanak akan dizahirkan di dalam penderaan emosi, dimana seorang mengambil peranan sebagai ‘ibu atau bapa’ dan seorang lagi sebagai ‘anak’.  Seseorang boleh menjadi pendera, walaupun dulunya dia adalah mangsa, kerana ia memutar keadaan emosinya yang belum pernah selesai zaman dahulu. Dulu pendera itu adalah mangsa, kini dia mengambil peranan sebagai pendera pula. Pendera akan dapati sukar menangani emosinya sendiri dan sebaliknya menyalahkan masalah yang dihadapi di zaman kanak-kanak kepada orang lain pula.

Bilakah masa yang tepat mendapatkan bantuan?

Jika sikap anda mula berubah dan tidak lagi mendapat kepuasan di dalam bekerja atau kehidupan sosial, ianya petanda anda perlu mendapat bantuan pakar. Jika orang yang dipercayai, mula menyatakan kebimbangan tentang anda dan hubungan anda, seeloknya buat penilaian samada ianya konflik atau penderaan. Terdapat banyak maklumat tentang hubungan penderaan bagi menjalankan pemeriksaan realiti; melalui buku, internet, profesional atau kaunselor berpengalaman. Minta bantu menilai jati-diri dan apa yang harus dilakukan untuk menangani masalah.

Bantuan dan rawatan

Penderaan emosi boleh memusnahkan, dan selalunya ada petanda-tanda awalnya. Sangat penting mendapat rawatan supaya tidak menjadi tabiat. Dapatkan khidmat kaunselor atau terapi bagi mengenali diri dan melepaskan diri dari pusingan tidak bermaya. Belajar ambil berat keperluan sendiri dan merasa berhak berkeyakinan dan dihormati, ia satu permulaan yang baik bagi memiliki jati diri. Penerimaan bahawa hubungan adalah penderaan dapat membantu kepada tindakan susulan.


Tips bagaimana menangani isu penderaan emosi:

Kalau penderaan dalam perhubungan yang rapat seperti suami isteri atau ahli keluarga, cara yang sangat sesuai yang dicadangkan oleh pakar adalah dengan meninggalkan perkahwinan atau perhubungan itu. Sebenarnya, jika penderaan itu sangat teruk, ini adalah SATU-SATUnya pilihan, walaupun perpisahan itu sukar.


Bagi penderaan yang tidak begitu teruk, pilihan lain seperti: Bertegas dengan pendera dan tidak menjadi pihak yang rela dan mengikut, mungkin dapat mengubah dinamik perhubungan.

Mendapatkan khidmat kaunseling individu atau pasangan. Tetapi datanglah sendirian, bagi memecahkan corak penderaan. Kaunseling tidak digalakkan kepada pendera, kerana sikap manipulasi pendera yang akan menggunakan peluang menguatkan ketidakupayaan mengambil tanggungjawab dan tonjolkan peranan ‘kesian saya’ (‘poor me’). Kaunselor perlu bijak, lebih fokus kepada isu penderaan itu sendiri iaitu “KEROSAKKAN yang telah berlaku disebabkan oleh penderaan emosi di dalam perkahwinan”.

Sumber: Counselling Directory (UK), Healthplace (US)

Sunday, 12 October 2014

Penderaan (Abuse) - Apa yang anda perlu tahu?

Jenayah disebalik pintu
"Adakah saya didalam hubungan penderaan?" soalan yang lazim ditanyakan klien semasa sesi kaunseling pasangan. Namun jawapannya tidaklah mudah malah sangat kompleks.
Banyak perhubungan berpotensi untuk menjadi penderaan, dimana ianya tiada kaitan dengan darjat atau umur. Jadi macamana kita boleh mengetahuinya? Ada ketika seseorang merasakan keperluan mereka tidak dipenuhi, dipeduli atau seolah-olah dipergunakan. Stres atau tekanan membuat pasangan mendera secara lisan atau fizikal orang-orang yang hampir dengan mereka, hingga ada mangsa yang putus asa.

Apakah sifat-sifat hubungan penderaan (abusive relationship)?

Salah satu sifat penting dalam hubungan penderaan adalah KAWALAN (Control). Iaitu apabila seseorang melakukan sesuatu untuk mengawal perangai orang lain dan ianya seperti satu tabiat. Ini boleh dilakukan secara paksa atau manipulasi, bagi mengawal perangai seseorang. Si pendera itu, mengikut kajian selalunya adalah mangsa penderaan di masa lampaunya.
Penderaan mempunyai satu corak bagi seorang atau kedua-dua pasangan. Dalam kebanyakan hubungan, satu pihak adalah dominan dan memaksa, dan apabila keperluannya tidak dipenuhi, bermulalah hubungan menjadi penderaan. Penderaan sebenarnya terjadi secara perlahan-lahan, yang mungkin pada awalannya nampak seperti cemburu atau rasa tidak selamat (insecure), membawa pasangan atau mangsa merasa diperlukan dan bergantung kepada pasangan lain. Sifat ini timbul dari rasa ingin disayangi yang mendalam dan mula memaksa harga diri mangsa. Penderaan berlaku secara berperingkat-peringkat: bermula dengan penderaan emosi, sex, atau fizikal, meningkat kepada pemencilan (isolation) dan ketidakstabilan (vulnerability) si mangsa dan kawalan sepenuhnya oleh si pendera. Akhirnya, adalah kerosakan atau menjadi masalah psikologi kepada mangsa (stres yang kronik), sosial phobia, hilang keyakinan diri, dan kemurungan.

Adakah anda di dalam hubungan penderaan?
Simptom-simptom hubungan penderaan boleh termasuk salah satu dari yang berikut:
  • Kekasaran fizikal termasuk ancaman bunuh;
  • Pemencilan yang bermula dengan memonopoli (kawalan penuh) pasangan;
  • Sedikit demi sedikit memutuskan rangkaian sokongan pasangan (support network);
  • Cemburu dengan meminta pasangan buktikan kesetiaan
  • Sikap mengawal – kawal kawan-kawan dan aktiviti pasangan
  • Kritikan (penderaan emosi) dan merendahkan yang berterusan
  • Keperluan seseorang dinafikan atau dikurangkan;
  • Berahsia (secrecy).
Hubungan penderaan selalunya berlaku sedikit demi sedikit, dimana keperluan si pendera semakin meningkat dan sebaliknya keperluan pasangan yang didera atau mangsa, hilang bersama-sama dengan harga dirinya.
Pendera selalunya sangat suka meminta dan mengawal, dan selalu berkelakuan (act out) dari perasaan malu yang mendalam dan rasa tidak mencukupi (inadequacy), apabila permintaannya ditolak. Pendera akan menarik mangsa ke bawah hingga ke tahap yang tidak mencukupi (inadequacy). Pendera selalu menonjolkan diri sebagai mangsa yang lemah, terhadap pasangannya dan sukar mengambil tanggungjawab ke atas aksi mereka. Ianya akan jadi satu corak yang lazim bagi kedua-dua pasangan. Pusingan penderaan adalah berdasarkan keperluan mendalam untuk disayangi dan kemesraan, takut di tinggalkan, rendah harga diri, dipencilkan dan salah guna dadah atau alkohol.
Kemarahan yang tidak terkawal, cemburu, keinginan pada kuasa dan tidak dapat menghormati batas orang lain adalah sifat yang biasa kepada pendera.
Rendah harga diri, pernah didera, tidak pandai meluahkan kemarahan kepada pasangan dan kesetiaan yang tidak munasabah – adalah sifat-sifat biasa bagi mangsa atau pasangan si pendera (akibat dari penderaan yang berterusan). Penderaan tidak selalunya berlaku kepada pasangan bekerja, tetapi terdapat juga pengecualian. 

Bagaimana kaunseling menangani isu-isu penderaan?
  • Kaunseling pasangan - menilai samada hubungan itu penderaan atau cuma tidak seimbang. Boleh dilakukan bersama pasangan atau berasingan seorang demi seorang;
  • Kaunseling individu boleh menolong mangsa penderaan, membantu mangsa memisahkan diri dari sikap penderaan pasangan;
  • Kaunseling membantu mendapatkan harga diri dan cara sihat dalam berhubungan;
  • Menghentikan perhubungan penderaan berbeza bagi setiap orang;
  • Pakar dapat membantu dengan memeriksa sikap pendera. Masalah yang seringkali timbul dalam menangani masalah penderaan, mangsa akan menjadi orang yang menyalahkan (blaming) dan pendera pulak mengambil posisi sebagai ‘mangsa’ (poor me stance).
Jika pasangan tidak mendapat apa yang diingini dan tidak pandai menyatakannya, ianya boleh dibaiki. Kalau sikap takut untuk bersuara yang menyebabkan ketidakseimbangan, maka dinamik komunikasi boleh diusahakan.  Ini dialami oleh pasangan yang keperluan tidak pernah diiktiraf dan dinilai dan pemberian kuasa (empowerment) membolehkan isu penderaan ditangani secara selamat.

Jenis-jenis penderaan:
  • Penderaan fizikal;
  • Penderaan emosi;
  • Penderaan sex.

 Kekasaran Rumahtangga

Penderaan boleh secara psikologi, sex, emosi atau kewangan. Ia bertujuan mengekalkan kuasa dan kawalan terhadap orang lain. Kebanyakan mangsa adalah wanita, walau ada juga lelaki yang didera. Ianya tidak terhad pada yang berpendapatan rendah dan tidak bekerja, malah berlaku bagi semua peringkat sosio ekonomi di dalam masyarakat. Penderaan juga boleh berlaku dalam keluarga sendiri atau keluarga besar (extended family) seperti dilakukan oleh mentua dan ipar-ipar.
Ianya terus menjadi ‘jenayah tersembunyi’ dan keluarga ada yang mengamalkan kekasaran rumahtangga sejak beberapa generasi. Untuk keselamatan, mangsa dinasihatkan menghadiri sesi kaunseling secara bersendiri.
Antara kekasaran rumahtangga adalah:
  • Penderaan lisan;
  • Merendahkan dan menghina secara berterusan;
  • Terus ingin mencari kesalahan pasangan;
  • Mengancam;
  • Buli;
  • Penderaan sex;
  • Penderaan fizikal;
  • Tumbuk dan tendang;
  •  Melemaskan (suffocating);
  • Cubaan membunuh.
Sumber: Counselling Directory (UK), Healthplace (US)

Sunday, 5 October 2014

Trauma - Apa yang anda perlu tahu?


Trauma adalah keadaan badan atau minda yang diselubungi atau ditenggelami dengan peristiwa-peristiwa traumatik. Mangsa trauma akan rasa terasing dari masyarakat, tiada merasa apa-apa dan merasa diri dipencil. Selepas trauma ada yang menjadi seorang yang lebih penakut dan merasakan diri tidak selamat. Secara psikologi, trauma adalah tindakbalas fikiran terhadap peristiwa traumatik. Reaksi mangsa adalah berbeza-beza dan tanda-tanda trauma mungkin mengambil masa berminggu-minggu, berbulan-bulan atau bertahun-tahun untuk timbul. Trauma adalah reaksi yang tidak dijangka, tiada siapa bersedia, dan tiada apa dapat dilakukan untuk mengelaknya.
Antara penyebab-penyebab trauma adalah penderaan, kemalangan, kecederaan atau tumor otak, malapetaka, kecederaan fizikal, penyakit dalaman, ditinggalkan, dan juga keganasan.

Seperti stress, kita juga boleh mengetahui bahawa kita berkemungkinan mengalami trauma, antara simptom-simptomnya adalah:

  • Ulang tayang atau flashbacks: mengalami semula trauma di ingatan dan merasai semula kesakitan emosi;
  • Insomnia atau sukar untuk tidur: ada yang mengalami mimpi buruk atau teringat–ingat trauma hingga sukar tidur;
  • Risau: merasa selalu gelisah atau diserangan perasaan panik atau mengelabah;
  • Stres:  selepas trauma merasakan stres atau tekanan biasa, menjadi sesuatu yang sukar dikawal;
  • Rasa marah: terhadap penyebab trauma atau dunia. Marah itu sukar dikawal dan diuruskan;
  • Kemurungan: tertanya-tanya kenapa trauma berlaku kepadanya, tidak bermaya, dan bagi kes yang lebih teruk terfikir untuk membunuh diri;
  • Hilang harga diri: kurang percaya dan hilang keyakinan diri sehingga mula bertanya, “Siapa kita?" dan "Untuk apa kita dilahirkan?”;
  • Ambilan dadah: cara menghiburkan diri atau melupakan trauma dengan penggunaan dadah dan alkohol;
  • Perasaan terasing: tiada perasaan dan dingin dengan orang sekeliling.

Bilakah ketika anda memerlukan bantuan?

Menurut kajian, tidak kira berapa teruk sekali pun pengalaman traumatik yang dialami, ianya pasti dapat diatasi atau dikurangkan dengan bantuan profesional kaunselor. Oleh kerana kita bertindak balas berbeza-beza terhadap pengalaman trauma itu, elakkan membanding dengan pengalaman orang lain, walaupun ianya serupa. Dengan mendapatkan bantuan secepat mungkin, anda sebenarnya memberi peluang terbaik kepada diri untuk mengatasi trauma dan meneruskan hidup. Jika mengalami tanda-tanda yang di atas dan ianya berterusan selama berminggu-minggu atau berbulan-bulan, pastikan anda mendapatkan bantuan. Lebih kritikal jika anda mula mengalami yang berikut:

  • Tidak dapat melakukan apa-apa tugasan atau aktiviti harian;
  • Tidak mampu menbentuk atau menjalin hubungan;
  • Dibawah pengaruh dadah dan/atau alkohol;
  • Menghadapi ulang tayang/flashbacks yang teruk;
  • Tiada perasaan atau emosi;
  • Mengalami kebimbangan/stress yang kronik.

Wednesday, 1 October 2014

Pendedahan Beretika (Ethical Disclosure) boleh meningkatkan Kepercayaan (Trust)

Play Therapy
Saya menerima panggilan jauh semalam, bertanyakan tentang Hipnoterapi. Adakah saya menggunakan hipnosis di dalam sesi? Saya mengucapkan terima kasih kepada puan yang bertanya. Saya jelaskan, buat masa ini saya tidak mempunyai kelayakkan mengendalikan terapi hipnosis kerana belum pernah mendapat latihan profesional mengenainya.

Sebagai pencerahan, bertitik daripada pertanyaan itu, saya merasakan adalah perlu berkongsi 'secara beretika' - tugas, skil dan teknik kaunseling, dan proses kaunseling yang boleh dan akan saya amalkan semasa sesi kaunseling.

Sebagai kaunselor, saya bertanggungjawab membantu dengan mendengar dan menyokong perkongsian isu dan emosi oleh klien. Klien pula, juga harus cuba berkongsi secara terbuka dan jujur terhadap isu yang menganggu mereka pada masa tersebut (here and now). Semasa sesi, saya berpandukan etika kerahsiaan yang digariskan oleh Lembaga Kaunselor Malaysia. Kelayakkan profesional saya boleh diketahui dengan melawati ruang blog 'About me', dan skop khidmat yang ditawarkan pula di ruang 'header'.

Kaunseling adalah suatu profesion membantu (helping profession) yang juga dikenali sebagai Terapi Bercakap (Talking Therapy). Antara skil yang digunakan seperti melayan, reflektif, dan empati, dan teknik-teknik pula seperti Terapi Bermain (Play Therapy - gambar yang dipaparkan di atas adalah sesi latihan kuliah master di UK), Tray Pasir (Sand Tray), dan Terapi Seni (Art Therapy).

Proses kaunseling bermula dengan pre-sesi, membina hubungan, penstrukturan, perkongsian dan perkembangan isu, dan diakhiri dengan penutupan, bagi sesi pada hari tersebut. Jumlah sesi berbeza-beza dan unik mengikut keperluan dan isu dikongsikan oleh setiap klien, kebiasaannya diantara 4 ke 10 sesi.

Harapan saya, pendedahan beretika ini dapat membantu klien meningkatkan tahap kepercayaan (trust) dan keselesaan terhadap saya sebagai kaunselor. Terima kasih.

Tuesday, 30 September 2014

Work-related stress


Work-related stress increases risk of developing asthma
September 26th, 2014
A major study reveals stress at work to be a risk factor for developing asthma.
Those who are fearful of losing their job are 60% more likely to develop asthma for the first time due to stress. These findings come from an international team of researchers who analysed data from over 7,000 workers and took other factors (such as smoking and being overweight) into account.
“This study has shown for the first time that perceived job insecurity during the recent economic crisis may increase the risk of new-onset asthma in adulthood,” states the paper, published in the Journal of Epidemiology and Community Health.
Supporting previous studies linking stress to the development of asthma, this research was carried out by experts at the Massey University in New Zealand, the University of Amsterdam and the University of D├╝sseldorf. It was found that those with ‘high’ levels of job insecurity had about a “60% excess risk of asthma”.
The results came from respondents of the German Socio-Economic Panel Study – an annual survey of the German population between the years 2009 and 2011. During this time there were 105 new cases of asthma and it was revealed that those concerned about losing their jobs had a higher chance of developing asthma.
In response to the research, director of Research and Policy at Asthma UK, Dr Samantha Walker said the following:
“Stress is a well-known trigger for asthma symptoms; 69% of people with the condition say it causes them to experience asthma symptoms that may lead them to have a potentially life-threatening asthma attack, but there is limited evidence to date to link the stress associated with job uncertainty to the development of asthma.”
While further research may be needed to clarify the claims made, this study serves as a reminder that stress has a huge impact on our physical health as well as our mental health.

Stres atau Tekanan - Apa yang anda perlu tahu?



Stres adalah situasi mengganggu dan menekan fikiran dan emosi kita. Ia terjadi apabila berlaku suasana yang bertentangan atau sangat memaksa didalam kehidupan. Adakah kita boleh mengetahui bahawa kita ini mengalami stress ataupun tidak? Jawapannya 'Ya'. Ianya dapat diketahui dengan melakukan penilaian sendiri (self-assessment). Kita berkemungkinan mengalami stress jika sekiranya memiliki salah satu daripada simptom-simptom yang berikut:

1. Mengalami perubahan fisiologi: berdebar-debar, peningkatan tekanan darah, sesak pernafasan, menggeletar;
2. Reaksi emosi: merasa takut, bimbang, marah, murung, kecewa;
3. Tidak bersemangat: tidak fokus, tidak dapat memberi perhatian, teragak-agak membuat keputusan;
4. Perubahan tabiat sosial: suka bersendiri;
5. Imunisasi badan menurun: sering jatuh sakit.

Monday, 29 September 2014

Quotes for today...

About '...the little inner voice...'. One's sixth sense or gut feelings.

In life not everything required explanations. Research shows verbal only represents 7% of our daily communications.