|
Jenayah disebalik pintu |
"Adakah saya didalam hubungan penderaan?" soalan yang lazim
ditanyakan klien semasa sesi kaunseling pasangan. Namun jawapannya tidaklah
mudah malah sangat kompleks.
Banyak perhubungan berpotensi untuk menjadi penderaan, dimana ianya
tiada kaitan dengan darjat atau umur. Jadi macamana kita boleh mengetahuinya?
Ada ketika seseorang merasakan keperluan mereka tidak dipenuhi, dipeduli atau
seolah-olah dipergunakan. Stres atau tekanan membuat pasangan mendera secara
lisan atau fizikal orang-orang yang hampir dengan mereka, hingga ada mangsa
yang putus asa.
Apakah sifat-sifat hubungan penderaan
(abusive relationship)?
Salah satu sifat penting dalam hubungan penderaan adalah KAWALAN
(Control). Iaitu apabila seseorang melakukan sesuatu untuk mengawal perangai orang
lain dan ianya seperti satu tabiat. Ini boleh dilakukan secara paksa atau
manipulasi, bagi mengawal perangai seseorang. Si pendera itu, mengikut kajian
selalunya adalah mangsa penderaan di masa lampaunya.
Penderaan mempunyai satu corak bagi seorang atau kedua-dua pasangan.
Dalam kebanyakan hubungan, satu pihak adalah dominan dan memaksa, dan apabila
keperluannya tidak dipenuhi, bermulalah hubungan menjadi penderaan. Penderaan
sebenarnya terjadi secara perlahan-lahan, yang mungkin pada awalannya nampak seperti
cemburu atau rasa tidak selamat (insecure), membawa pasangan atau mangsa merasa diperlukan dan
bergantung kepada pasangan lain. Sifat ini timbul dari rasa ingin disayangi
yang mendalam dan mula memaksa harga diri mangsa. Penderaan berlaku secara berperingkat-peringkat: bermula dengan penderaan emosi, sex, atau fizikal, meningkat kepada pemencilan (isolation) dan ketidakstabilan (vulnerability) si mangsa dan kawalan
sepenuhnya oleh si pendera. Akhirnya, adalah kerosakan atau menjadi masalah psikologi kepada mangsa (stres yang kronik), sosial phobia, hilang keyakinan diri, dan kemurungan.
Adakah anda di dalam hubungan penderaan?
Simptom-simptom hubungan penderaan boleh termasuk salah satu dari yang
berikut:
- Kekasaran
fizikal termasuk ancaman bunuh;
- Pemencilan
yang bermula dengan memonopoli (kawalan penuh) pasangan;
- Sedikit
demi sedikit memutuskan rangkaian sokongan pasangan (support network);
- Cemburu
dengan meminta pasangan buktikan kesetiaan
- Sikap
mengawal – kawal kawan-kawan dan aktiviti pasangan
- Kritikan (penderaan emosi) dan merendahkan yang berterusan
- Keperluan
seseorang dinafikan atau dikurangkan;
- Berahsia (secrecy).
Hubungan penderaan selalunya berlaku sedikit demi sedikit, dimana keperluan si
pendera semakin meningkat dan sebaliknya keperluan pasangan yang didera atau mangsa, hilang bersama-sama dengan harga dirinya.
Pendera selalunya sangat suka meminta dan mengawal, dan selalu
berkelakuan (act out) dari perasaan malu yang mendalam dan rasa tidak mencukupi
(inadequacy), apabila permintaannya ditolak. Pendera akan menarik mangsa ke bawah hingga ke tahap yang tidak mencukupi (inadequacy). Pendera selalu
menonjolkan diri sebagai mangsa yang lemah, terhadap pasangannya dan sukar
mengambil tanggungjawab ke atas aksi mereka. Ianya akan jadi satu corak yang
lazim bagi kedua-dua pasangan. Pusingan penderaan adalah berdasarkan keperluan
mendalam untuk disayangi dan kemesraan, takut di tinggalkan, rendah harga diri,
dipencilkan dan salah guna dadah atau alkohol.
Kemarahan yang tidak terkawal, cemburu, keinginan pada kuasa dan tidak
dapat menghormati batas orang lain adalah sifat yang biasa kepada pendera.
Rendah harga diri, pernah didera, tidak pandai meluahkan kemarahan kepada pasangan dan
kesetiaan yang tidak munasabah – adalah sifat-sifat biasa bagi mangsa atau
pasangan si pendera (akibat dari penderaan yang berterusan). Penderaan tidak selalunya berlaku kepada pasangan bekerja, tetapi terdapat juga pengecualian.
Bagaimana kaunseling menangani isu-isu penderaan?
- Kaunseling
pasangan - menilai samada hubungan itu penderaan atau cuma tidak seimbang.
Boleh dilakukan bersama pasangan atau berasingan seorang demi seorang;
- Kaunseling
individu boleh menolong mangsa penderaan, membantu mangsa memisahkan diri
dari sikap penderaan pasangan;
- Kaunseling
membantu mendapatkan harga diri dan cara sihat dalam berhubungan;
- Menghentikan
perhubungan penderaan berbeza bagi setiap orang;
- Pakar
dapat membantu dengan memeriksa sikap pendera. Masalah yang seringkali
timbul dalam menangani masalah penderaan, mangsa akan menjadi orang yang
menyalahkan (blaming) dan pendera pulak mengambil posisi sebagai ‘mangsa’
(poor me stance).
Jika pasangan tidak mendapat apa yang diingini dan tidak pandai menyatakannya, ianya boleh dibaiki. Kalau sikap takut untuk bersuara yang menyebabkan ketidakseimbangan, maka dinamik komunikasi boleh diusahakan. Ini dialami oleh pasangan yang keperluan tidak pernah diiktiraf dan dinilai dan pemberian kuasa (empowerment) membolehkan isu penderaan ditangani secara selamat.
Jenis-jenis penderaan:
- Penderaan
fizikal;
- Penderaan
emosi;
- Penderaan
sex.
Kekasaran Rumahtangga
Penderaan boleh secara psikologi, sex, emosi atau kewangan. Ia bertujuan mengekalkan kuasa dan kawalan terhadap orang lain. Kebanyakan mangsa adalah
wanita, walau ada juga lelaki yang didera. Ianya tidak terhad pada yang
berpendapatan rendah dan tidak bekerja, malah berlaku bagi semua peringkat
sosio ekonomi di dalam masyarakat. Penderaan juga boleh berlaku dalam keluarga sendiri atau keluarga besar (extended family) seperti dilakukan oleh mentua dan ipar-ipar.
Ianya terus menjadi ‘jenayah tersembunyi’ dan keluarga ada yang
mengamalkan kekasaran rumahtangga sejak beberapa generasi. Untuk keselamatan,
mangsa dinasihatkan menghadiri sesi kaunseling secara bersendiri.
Antara kekasaran rumahtangga adalah:
- Penderaan
lisan;
- Merendahkan
dan menghina secara berterusan;
- Terus
ingin mencari kesalahan pasangan;
- Mengancam;
- Buli;
- Penderaan
sex;
- Penderaan
fizikal;
- Tumbuk
dan tendang;
- Melemaskan (suffocating);
- Cubaan
membunuh.
Sumber: Counselling Directory (UK), Healthplace (US)
No comments:
Post a Comment