Sokongan Emosi

Sokongan Emosi – “Sebagai seorang kaunselor berdaftar, saya menawarkan khidmat kaunseling kepada individu, pasangan (berkahwin) dan klien berkumpulan, secara bersemuka dan on line. Isu-isu psikologi dan emosi yang ditangani seperti stres, trauma, kemurungan, masalah pemakanan, kematian, kehilangan dan ditinggalkan, perasaan malu, buli, penderaan fizikal dan seksual. Saya menggunakan pendekatan integratif humanistik bagi membantu pertumbuhan keyakinan diri klien dalam menjalani cabaran kehidupan seharian.”

Wednesday 1 October 2014

Pendedahan Beretika (Ethical Disclosure) boleh meningkatkan Kepercayaan (Trust)

Play Therapy
Saya menerima panggilan jauh semalam, bertanyakan tentang Hipnoterapi. Adakah saya menggunakan hipnosis di dalam sesi? Saya mengucapkan terima kasih kepada puan yang bertanya. Saya jelaskan, buat masa ini saya tidak mempunyai kelayakkan mengendalikan terapi hipnosis kerana belum pernah mendapat latihan profesional mengenainya.

Sebagai pencerahan, bertitik daripada pertanyaan itu, saya merasakan adalah perlu berkongsi 'secara beretika' - tugas, skil dan teknik kaunseling, dan proses kaunseling yang boleh dan akan saya amalkan semasa sesi kaunseling.

Sebagai kaunselor, saya bertanggungjawab membantu dengan mendengar dan menyokong perkongsian isu dan emosi oleh klien. Klien pula, juga harus cuba berkongsi secara terbuka dan jujur terhadap isu yang menganggu mereka pada masa tersebut (here and now). Semasa sesi, saya berpandukan etika kerahsiaan yang digariskan oleh Lembaga Kaunselor Malaysia. Kelayakkan profesional saya boleh diketahui dengan melawati ruang blog 'About me', dan skop khidmat yang ditawarkan pula di ruang 'header'.

Kaunseling adalah suatu profesion membantu (helping profession) yang juga dikenali sebagai Terapi Bercakap (Talking Therapy). Antara skil yang digunakan seperti melayan, reflektif, dan empati, dan teknik-teknik pula seperti Terapi Bermain (Play Therapy - gambar yang dipaparkan di atas adalah sesi latihan kuliah master di UK), Tray Pasir (Sand Tray), dan Terapi Seni (Art Therapy).

Proses kaunseling bermula dengan pre-sesi, membina hubungan, penstrukturan, perkongsian dan perkembangan isu, dan diakhiri dengan penutupan, bagi sesi pada hari tersebut. Jumlah sesi berbeza-beza dan unik mengikut keperluan dan isu dikongsikan oleh setiap klien, kebiasaannya diantara 4 ke 10 sesi.

Harapan saya, pendedahan beretika ini dapat membantu klien meningkatkan tahap kepercayaan (trust) dan keselesaan terhadap saya sebagai kaunselor. Terima kasih.

No comments:

Post a Comment