Sokongan Emosi

Sokongan Emosi – “Sebagai seorang kaunselor berdaftar, saya menawarkan khidmat kaunseling kepada individu, pasangan (berkahwin) dan klien berkumpulan, secara bersemuka dan on line. Isu-isu psikologi dan emosi yang ditangani seperti stres, trauma, kemurungan, masalah pemakanan, kematian, kehilangan dan ditinggalkan, perasaan malu, buli, penderaan fizikal dan seksual. Saya menggunakan pendekatan integratif humanistik bagi membantu pertumbuhan keyakinan diri klien dalam menjalani cabaran kehidupan seharian.”

Monday 13 October 2014

Penderaan Emosi (Emotional abuse) - Apakah yang anda perlu tahu?


Penderaan emosi memberi kuasa dan kawalan kepada seseorang terhadap orang lain, melalui kata-kata dan gerak badan (gestures) yang secara perlahan-lahan menidakkan perasaan hormat diri (self- respect). Sebenarnya penderaan emosi sangatlah sukar dikenali, kerana tiada parut atau tanda, dan deraan boleh berlaku secara berterusan tanpa ada kesudahannya. Konflik, pertengkaran dan kritikan adalah cara yang sihat untuk berinteraksi dengan orang lain.
Jadi apa yang menyebabkan komunikasi itu menjadi PENDERAAN?

Corak-corak penderaan emosi
Ada 3 corak penderaan emosi itu
  • Agresif: termasuk memanggil nama gelaran, merendahkan, menyalahkan, menuduh, mengherdik, membuat ancaman, menghina atau kritikan tujuan menjatuhkan;
  • Menidakkan: termasuk merajuk, manipulasi mengabaikan, tidak mendengar, menahan kasih-sayang dan merosakkan pengalaman indah orang lain;
  • Mengecilkan: termasuk mengecilkan sesuatu perkara, memulaukan, tuduhan yang berlebih-lebihan atau mencipta dan memberi solusi atau ‘nasihat/melatih/mengajar’;
Secara amnya, penderaan lisan termasuk:
  • Merendahkan dan menghina secara berterusan;
  • Terus ingin mencari kesalahan pasangan;
  • Mengancam (mengugut mangsa atau mengugut akan mengambil sesuatu yang penting dari mangsa seperti anak-anak dan rumah);
  • Memulaukan mangsa (tidak melibatkan dalam aktiviti-aktiviti keluarga); dan
  • Tidak melibatkan mangsa di dalam peristiwa, majlis, atau aktiviti yang penting, seperti majlis makan malam rasmi dan hari keluarga.

 Simptom-simptom penderaan emosi:
  • Kemurungan atau kebimbangan;
  •  Peningkatan pemulauan oleh rakan-rakan dan keluarga;
  • Ketakutan atau menggelabah atau gemuruh;
  •  Rendah harga diri dan keyakinan diri;
  • Ketagih alkohol atau dadah;
  • Sikap suka ‘menghilang’ diri;
 Penderaan emosi boleh memusnahkan keyakinan diri seseorang sehingga merasa diri tidak bernilai dan kesukaran membina dan mengekalkan hubungan dengan orang lain. Berahsia dan perasaan malu mangsa - selalunya mengekalkan penderaan.

Apa yang menyebabkan penderaan emosi?

Tidak berdaya atau berkuasa, terluka, takut dan kemarahan adalah isu-isu yang tidak selesai bagi kedua-dua pendera dan mangsa. Kehidupan zaman kanak-kanak akan dizahirkan di dalam penderaan emosi, dimana seorang mengambil peranan sebagai ‘ibu atau bapa’ dan seorang lagi sebagai ‘anak’.  Seseorang boleh menjadi pendera, walaupun dulunya dia adalah mangsa, kerana ia memutar keadaan emosinya yang belum pernah selesai zaman dahulu. Dulu pendera itu adalah mangsa, kini dia mengambil peranan sebagai pendera pula. Pendera akan dapati sukar menangani emosinya sendiri dan sebaliknya menyalahkan masalah yang dihadapi di zaman kanak-kanak kepada orang lain pula.

Bilakah masa yang tepat mendapatkan bantuan?

Jika sikap anda mula berubah dan tidak lagi mendapat kepuasan di dalam bekerja atau kehidupan sosial, ianya petanda anda perlu mendapat bantuan pakar. Jika orang yang dipercayai, mula menyatakan kebimbangan tentang anda dan hubungan anda, seeloknya buat penilaian samada ianya konflik atau penderaan. Terdapat banyak maklumat tentang hubungan penderaan bagi menjalankan pemeriksaan realiti; melalui buku, internet, profesional atau kaunselor berpengalaman. Minta bantu menilai jati-diri dan apa yang harus dilakukan untuk menangani masalah.

Bantuan dan rawatan

Penderaan emosi boleh memusnahkan, dan selalunya ada petanda-tanda awalnya. Sangat penting mendapat rawatan supaya tidak menjadi tabiat. Dapatkan khidmat kaunselor atau terapi bagi mengenali diri dan melepaskan diri dari pusingan tidak bermaya. Belajar ambil berat keperluan sendiri dan merasa berhak berkeyakinan dan dihormati, ia satu permulaan yang baik bagi memiliki jati diri. Penerimaan bahawa hubungan adalah penderaan dapat membantu kepada tindakan susulan.


Tips bagaimana menangani isu penderaan emosi:

Kalau penderaan dalam perhubungan yang rapat seperti suami isteri atau ahli keluarga, cara yang sangat sesuai yang dicadangkan oleh pakar adalah dengan meninggalkan perkahwinan atau perhubungan itu. Sebenarnya, jika penderaan itu sangat teruk, ini adalah SATU-SATUnya pilihan, walaupun perpisahan itu sukar.


Bagi penderaan yang tidak begitu teruk, pilihan lain seperti: Bertegas dengan pendera dan tidak menjadi pihak yang rela dan mengikut, mungkin dapat mengubah dinamik perhubungan.

Mendapatkan khidmat kaunseling individu atau pasangan. Tetapi datanglah sendirian, bagi memecahkan corak penderaan. Kaunseling tidak digalakkan kepada pendera, kerana sikap manipulasi pendera yang akan menggunakan peluang menguatkan ketidakupayaan mengambil tanggungjawab dan tonjolkan peranan ‘kesian saya’ (‘poor me’). Kaunselor perlu bijak, lebih fokus kepada isu penderaan itu sendiri iaitu “KEROSAKKAN yang telah berlaku disebabkan oleh penderaan emosi di dalam perkahwinan”.

Sumber: Counselling Directory (UK), Healthplace (US)

No comments:

Post a Comment